Rencana ini mempunyai senarai rujukan umum, tetapi kekurangan nota kaki pada pada kenyataan yang dipetik. Sila bantu memperbaiki rencana ini dengan memasukkan petikan yang lebih tepat. (Julai 2022) (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini) |
Perang Saudara Jementah atau lebih dikenali sebagai Perang Jementah ialah perang saudara yang pertama di negeri Johor. Perang ini tercetus pada tahun 1879 di Jementah, Johor akibat rasa tidak puas hati Tengku Alam Shah, putera gahara kepada Sultan Ali Iskandar Shah atas penyerahan daerah Muar ke bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar.